Dengan Google Workspace, kami boleh bekerja dengan lebih selamat dari mana-mana sahaja pada telefon, komputer riba atau tablet. Anda boleh menyediakan Google Workspace pada Android, iPhone / iPad atau Laptop / desktop anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyediaan Google Workspace pada pelbagai peranti, klik di sini.
Ya, boleh. E-mel sabah.gov.my anda yang sedia ada (menggunakan Microsoft Exchange) masih boleh digunakan seperti biasa.
Sebagai tambahan, login dan password e-mel sabah.gov.my anda boleh juga digunakan untuk mengakses aplikasi-aplikasi Google Workspace, seperti Google Calendar, Google Docs dan sebagainya . Sila rujuk diagram ini.
Untuk makluman, Google Workspace Kerajaan Sabah tidak menawarkan aplikasi Gmail buat masa ini, sehingga diberitahu kelak.
Jika alat peranti anda dicuri atau hilang, anda (atau pentadbir IT anda yang mengurus peranti kerja anda) boleh mengesannya dari jauh, mengunci skrin, menetapkan semula kod laluan, memadam maklumat yang terkandung di dalamnya, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang cara mengurus peranti yang dicuri, klik di sini.
Semua produk Google mempunyai makluman keselamatan dalaman yang secara automatik mengesan dan menghalang ancaman dalam talian, walau bagaimanapun, amalan keselamatan terbaik hendaklah sentiasa datang daripada kita sebagai seorang pengguna untuk memastikan ia berfungsi sebagaimana mestinya.
Untuk bacaan lanjut tentang amalan keselamatan terbaik, klik di sini.
Anda masih boleh bekerjasama dengan pelangan atau rakan sekerja yang tidak menggunakan GWS. Ini kerana, GWS menawarkan beberapa aplikasi yang membolehkan anda berbuat demikian.
Sebagai contoh, pengguna GWS boleh membuka fail word document (.docx) menggunakan aplikasi Google Docs. Anda juga boleh berkongsi fail menggunakan Google Drive.
Untuk maklumat tambahan, mohon rujuk halaman ini sini.
Tentang info.gw
info.gw.sabah.gov.my adalah usaha bersama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan Sabah Net Sdn. Bhd.
Hubungi Kami
csd@sabah-net.com
+60 88 234 101, +6016 833 1200